Pusat Rawatan Kecantikan Noury
# Kursus Urutan Perbidanan #Urutan susu tersumbat & banyakkan susu #Pakej berpantang #Urutan bersalin # Urutan tradisional # Urutan kesuburan #Bertangas Pakej Seri Pengantin # Scrub badan # Resdung flushing #Slipdisc #Stroke #Syrosis #Ghout #Ezima #Gemuk
KEPAKARAN SAYA MEMBERIKAN KESIHATAN YANG LUARBIASA BAK BIDADARI KEPADA SANG ISTERI SECARA ALAMI
- Urutan bersalin - Terapi saraf - Scrub badan - Kursus urutan terapi - Refleksologi
Urutan bayi hendaklah dilakukan selepas beberapa hari bayi dilahirkan untuk meningkatkan imunisasi badan serta dapat mernurunkan jangkitan kuning pada tubuh bayi. Sekiranya urutan secara berkala pada bayi dapat mempercepatkan proses perbesaran dan keseimbangan bayi.
Cuci muka, skrub, steamer, urutan Urutan muka bertujuan menghilangkan kedutan dan pigmentasi.
Sekiranya anda mengalami simptom kerap bersin atau selsema terutamanya pada waktu pagi, besar kemungkinan anda sudah mengalami masalah resdung kronik.
Pemeriksaan resdung percuma!!! Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti:- - kerap bersin dan selsema - sangat alah pada habuk atau perubahan cuaca atau suhu - gatal-gatai sekitar mata, muka atau telinga - rambut gugur, kuat berdengkur - kurang deria penglihatan dan pendengaran, sakit kepala berpanjangan (migrain),nafas berbau busuk - banyak jerawat atau jeragat di muka atau badan, banyak kelemumur, masalah kulit dan kegatalan (eczema) - asma,tonksilitis yang kerap, banyak lendir dan kahak
Kecantikan Luaran Bermula Dari Penjagaan Dalaman
Kehidupan yang sihat adalah anugerah Ilahi yang tidak ternilai
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
-
Urutan tradisional(wanita sahaja)
-
Urutan selepas bersalin
-
Kaunseling penyusuan secara percuma
-
Skrub dan lulur badan
-
Bertangas & bertunku
-
Terapi saraf (darah tinggi, kencing manis, tegang urat,dll)
-
Rawatan muka
-
Rawatan resdung cara flushing (lelaki & perempuan)
-
Menyediakan kursus kecantikan & urutan
-
Menjual produk kesihatan dan kecantikan Menyediakan perkhidmatan ke rumah-
Urutan tradisional
Membantu menghilangkan pening dan migrain, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan, membantu mencegah kebas kaki dan meredakan serangan angin ahmar, melancarkan peredaran darah, membantu meringankan tubuh dan menajamkan penhlihatan, membantu memecahkan lemak, kolesterol dan melegakan demam, membantu melegakan ketegangan urat leher, stress, belikat, pinggang serta urat sendi dan kaki.
Sakit saraf, Hidrocephalus (pembengkakan kepala kerana lebihan cairan yang ada di sekitar otak), penyakit urat saraf tersepit, Parkinson, Gega rotak, Imsomnia, Gangguan organ (kerosakan saraf tulang)
Refleksologi
Refleksologi merupakan teknik rawatan urutan kepada titik refleksi . Kaedah ini adalah dengan memberikan urutan refleksologi kepada tapak kaki kerana tapak kaki mempunyai banyak titik refleksi. Cara rawatan ini berasal dari China dan telah diamalkan berdekat lamanya sebelum berkembang ke seluruh dunia. Antara keistimewaan rawatan secara urutan refleksologi ini adalah ia mudah, selamat dan berkesan. Rasa sakit semasa urutan refleksologi merupakan penunjuk kepada masalah kesihatan pada tubuh badan anda.
Ketidakselesaan pada tapak dan tulang kaki boleh menjadi penyebab kepada pelbagai jenis penyakit seperti sakit bahu, tulang belakang, tulang kaki, sembelit dan bahagian paha kerana keadaan kesihatan kaki memberi kesan besar terhadap organ dalaman manusia. Rawatan urutan refleksologi membantu pesakit mencapai tahap kesihatan yang lebih baik kerana ia disifatkan sebagai terapi yang sangat berkesan dengan mengaplikasi urutan pada titik refleksi tertentu di tapak kaki.
Refleksologi juga adalah sebagai rawatan yang berguna untuk kesihatan badan kerana refleksologi membantu mengurangkan tekanan dan mempengaruhi sistem saraf utama supaya kembali berkerja pada tahap yang maksimum.
Kaki adalah bahagian tubuh badan yang sangat kompleks meliputi 26 tulang,107 ligamen,19 otot dan 57 sendi. Kecederaan sendi ,ligament dan tulang mampu memberi komplikasi kesihatan tubuh seseorang antaranya rasa lenguh lutut, kebas, tegang pada bahagian paha dan masalah buang air besar. Tulang tapak kaki manusia diciptakan tuhan agak melengkung. Ia bagi memberikan kekuatan yang maksima untuk menyokong dan menahan berat badan manusia. Walaubagaimanapon, kedudukan tulang tapak kaki pesakit akan berubah jika ia menerima tekanan secara berlebihan.
Maksud titik refleksi adalah titik pusat urat saraf. Setiap titik refleksologi ada kaitan dengan organ tubuh badan tertentu, jadi dengan membuat urutan pada bahagian refleksi akan melancarkan perjalanan darah pesakit. Setiap titik refleksologi yang diurut akan membantu membaik pulih organ tubuh badan yang berkaitan.
URUTAN BERSALIN
BERURUT dapat membantu melancarkan perjalanan darah dan mencergaskan badan. Urutan biasanya dilakukan selepas tiga hari bersalin.
Urutan juga dapat menghilangan sengal badan, membetulkan urat tegang dan membuang angin dalam badan serta dapat memulihkan payudara dan melancarkan susu ibu.
Mengurut juga dapat memulih rahim seperti menaikkan peranakan agar kedudukan rahim pulih seperti sedia kala tetapi cara dan masa pemulihan haruslah sesuai dan betul.
​
BENGKONG DAN BERBARUT
Berbengkung bertujuan untuk memejalkan semula otot-otot badan, perut dan pinggul. Ia juga mengempiskan semula perut yang menggeleber dan mengetatkan peranakan agar tidak jatuh.
Anda perlu berbarut untuk mendapatkan kembali tubuh yang langsing kerana fizikal badan berubah semasa mengandung . Otot menjadi kendur dan perlu ditegangkan semula agar tubuh menjadi kemas dan lansing semula.
Berbarutlah selepas mandi pagi dan setelah di urut. Ulangi semula pada sebelah petang selepas mandi hinggalah pagi keesokkannya.
BERTUNGKU
Amalan bertungku merupakan amalan tradisional yang penting ketika berpantang. Tidak lengkap berpantang sekiranya tidak bertungku. Biasanya tungku diperbuat daripasda besi sebesar botol 500ml dan beratnya kira-kira 1.5 kg – 3kg. Bertungku juga tidak semestinya menggunakan besi kerana batu sungai atau anak lesung juga boleh digunakan. Ini kerana kesan bertungku bukan terletak kepada beratnya tungku tetapi tahap kepanasannya yang dapat meresap hingga ke dalam.
Besi atau batu tungku perlu dipanaskan terlebih dahulu selama 10- 30 minit di atas api yang sederhana. Kemudian tungku perlu dibalut dengan kain cita yang telah dilapik dengan daun mengkudu yang dikenali sebagai Morinda citrifolia. Jika daun Morinda citrifolia tiada maka daun sirih iaitu nama sainsnya Piper betel atau daun lengkuas juga boleh digunakan. Selain dari itu, daun pandan juga boleh digunakan.
Kesan panas dari tungku akan meresap ke dalam daun dan sekaligus bertujuan merawat bahagian badan semasa proses bertungku.
Proses bertungku dilakukan sambil berbaring dan tungku ditekan perlahan-lahan pada sekitar pangkal paha, berhampiran ari-ari / bawah pusat dan di atas perut ( bawah buah dada ). Untuk kesan tungku yang lebih baik tapak kaki serta tumit juga perlu ditungku.
Amalan bertungku ini penting memandangkan ia dapat menghangatkan badan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin di samping memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah. Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku. Justeru bertungku ada kala diteruskan hingga keluar darah terakhir berwarna seakan-akan putih keperangan atau dipanggil darah meroyan. Jika ibu rajin bertungku bolehlah diteruskan hingga habis pantang.
BERTANGAS
BERTANGAS dapat mengurangkan keputihan, merawat bau dan lendir busuk, membuang angin meroyan, mengecutkan vagina, menyihatkan peranakan, membetulkan kedududkan saluran peranakan dan mengecutkan rahim.
Dilakukan setelah 30 hari bersalin atau hampir habis waktu berpantang. Proses bertangas dilakukan selama ½ jam hingga 1 jam.
URUTAN BAYI
Sentuhan adalah bahasa bayi yang pertama.
Hubungan kulit ke kulit dapat membantu anda dan suami untuk berkomunikasi dengan bayi tanpa perlu bersuara. Ini adalah salah satu daripada cara terbaik untuk menzahirkan kasih sayang dan menguatkan ikatan antara anda dan bayi anda. Fikirkan bagaimana hebat rasanya bila orang tersayang menyentuh anda. Ianya mungkin berkali ganda lebih hebat lagi untuk bayi anda.
Menenangkan bayi dan mengurangkan tangisan.
Pelbagai kajian menunjukkan yang urutan mempunyai kesan tenang yang mententeramkan bayi anda dan berjaya mengurangkan tangisannya.
Merangsang perkembangan fizikal, emosi dan minda.
Ia merangsang hormon yang menggalakkan perkembangan untuk membantu bayi mencapai potensi sepenuhnya.
Membantu bayi tidur lebih nyenyak.
Meningkatkan paras serotonin dan mengatur rentak rembesan melatonin untuk membantu bayi tidur lebih nyenyak.
Menguatkan sistem imunisasi bayi.
Peningkatan paras serotonin membantu menguatkan imunisasi bayi.
Mengurangkan angin, kembung, refluks dan sembelit.
Kajian menunjukkan yang urutan membantu di dalam proses pembuangan najis daripada tubuh bayi.